ㅤmy writingsㅤ ㅤ
Thursday, 5 April 2018
Surat Tawaran UniSHAMS
Hi, Assalamualaikum wahai si pembaca. Haaa hari ini aku nak berkongsi serba seidikit tentang surat tawaran yang dilayangkan ke rumah acewah bukan kena layang okay, dapat dan dah disahkan oleh pihak atasan tau!
'.. Tahniah saudari kerana terpilih untuk menyambung pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muazzam Shah dalam kos pengajian sepenuh masa seperti yang tertera;
Program Ditawarkan ; Diploma Pengajian Islam (MQA/PA8228)
Kuliyyah ; KULIYYAH USULUDDIN DAN SAINS AL'QURAN
Haa, itu aje kut yang bawah-bawah lagi tak usah cerita. Memang panjang habis detail kat dalam surat tu. Siap letak bayaran yuran pendaftaran lagi, MYR6++ , ha yang ni pun faham-faham kan lah sendiri. Teringat lagi waktu tengahari tadi, lepas tunggu achik ngan alang balik sekolah. Dalam hati ni rasa terdetik nak suruh bebudak tu pergi jenguk peti surat depan rumah. Kita ni tak payah keluar lah kut alang-alang dorang dah ada dekat depan pagar kan haha. Sebelum ni selalu jugak lah check peti surat tu, kut-kut lah sampai awal kan, tapi hampeh. Lama juga nak sampai surat tawaran tu sampai dah penat menunggu tiap-tiap hari.
bangun pagi je mesti rasa nak pergi jenguk peti surat tu, dahla berhabuk huhu.
Tanggal 5 April 2018, acewah haha... surat tawaran dari UniSHAMS pun selamat sampai dan mendarat dalam peti surat tu. Achik pulak dengan bangganya jerit kuat-kuat depan rumah siap cakap 'Along dapat surat tawaran universiti wuuu~", Fuh, rasa nak sekeh aje budak ni. Dahla lepas ambil result haritu tak keluar rumah langsung. Tegur jiran pun tak, tetiba ada orang jerit yang kau ni dah dapat surat tawaran u, tak ke haru gitu. huhu
Yang kita ni pun apa lagi, dapat je surat tu dekat tangan terus masuk dalam rumah buat tarian zapin ala era 80-an bagai haha. Punya rasa happy tu ya allah! Rasa nak jerit aje kan sampai satu taman dengar!
Terus meluru ke arah Ibu yang sedang sibuk masak kat dapur. Masak makan tengahari sebab Ayah balik awal. Actually tak perasan pun yang Ayah balik awal waktu itu. Ayah kan selalu balik lewat petang nak dekat malam, ini hari aje tetiba balik awal. Achik pun apa lagi, dia gitau habis lah dekat Ayah pasal surat tawaran tu.
Dannnn, Ayah lah orang pertama yang rasmi buka surat tu. Tak sempat aku nak bukak haha. Monyok aje aku duduk sebelah Ayah. kekekeke
Alhamdulillah ;')) terpancar sinar harapan di wajah kedua orang tua bila dorang baca isi surat itu sampai habis. Tersenyum aje Ayah. 'Along dapat Pengajian Islam? Ayah ingat nak apply yang perbankan', Lepas tu aku pun sengih ajelah cakap yang ini rezeki dari Allah. Dah ini mungkin takdir aku untuk sambung belajar bidang agama pula. Iyalah, result pun cukup-cukup makan aje, addmath pulak tak lepas kredit so memang so-so ajelah result aku kali ini, tapi aku berpuas hati dengan pencapaian aku. Sebab aku tahu, itu sahaja tahap kemampuan aku.
Jadi, bila dapat tawaran dalam bidang agama ni, rasa dia.. perasaan tu.. macam lain. Rasa macam ya allah, aku bersyukur dengan nikmat yang diberi! Mungkin ini peluang aku untuk tebus kembali segala yang berlaku dekat zaman f4 ngan f5 dulu. Eh, nak kata banyak main pun memang, banyak gosip pun memang, banyak k-pop pun memang! hehe.
Bersyukur dengan result yang ada, aku pun ambil simpan surat tawaran tu kemas-kemas sebab dia kata masa pendaftaran tu jangan lupa bawa. Aku kena daftarkan diri pada 23 Jun 2018. Dua bulan aje lagi. Ha! Sempat lah tu nak kemas barang, beli apa yang patut dan berdiet. heheheeh okay awak semua, itu aje kut. Nanti kita bebel-bebel banyak-banyak lagi eh, Assalamualaikum!
Subscribe to:
Comments (Atom)